Pages

Thursday 20 October 2011

pintaku..



Ya Allah,
seandainya telah Engkau catatkan..dia milikku,tercipta untukku..
satukanlah hatinya dan hatiku..
titipkanlah kebahgiaan antara kami..agar kemanisan itu abadi..
dan Ya Allah..ya tuhanku yang maha mengasihani..
seiringkanlah kami melayari hidup ini..ketepian yang sejahtera dan abadi..

tetapi Ya Allah,
seandainya telah Engkau takdirkan..dia bukan milikku..
bawalah ia jauh dari pandanganku..
luputkanlah ia dari ingatanku..dan peliharalah aku dari kekecewaan..

serta Ya Allah..ya tuhanku yang maha mengerti..
berikanlah aku kekuatan..melontar bayangannya jauh ke dada langit..
hilang bersama senja nan merah..
agar aku bahagia..walaupun tanpa bersama dengannya..

dan Ya Allah..yang tercinta..
gantilah yang telah hilang..
tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
walaupun tidak bersama dengan dirinya..

Ya Allah, ya tuhanku..
pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
adalah yang terbaik buatku..
kerana engkau maha mengetahui..
segala yang terbaik buat hamba Mu ini..

Ya Allah,
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..di dunia dan di akhirat..
dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..
jangan Engkau biarkan aku sendirian..di dunia ini mahupun di akhirat
menjuruskan kearah kemaksiatan dan kemungkaran..
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Amin Ya Rabal Alamin...

No comments:

Post a Comment