Pages

Tuesday 31 January 2012

Jika Aku Jatuh Cinta..


Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta..benihkanlah cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta..jagalah cintaku kepadanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati..izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepada-Mu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati..jagalah hatiku kepadanya agar tidak berpaling selain kepada hati-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku rindu..jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu..janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta kepada kekasih-Mu..jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Halalkan aku merindui kekasih-Mu..jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku kepada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

AMIN YA RABB..

tangan kanan ku lg bersih dari sudu mu..


 Pada satu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garpu, beliau dengan selamba meyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seseorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya : "kenapa anda makan dengan tangan? bukankankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?"


Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain," saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab :
  1. Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain, sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
  2. Saya yakin tangan saya lebih bersih, kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.
  3. Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang." 
 Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Seandainya sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

*Sebuah kisah yang berlaku di akhir abad ke-19.kisah mengenai seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. perkara ini diceritakan oleh pegawai tinggi British yang berkhdmat di Selangor pd masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off oleh Emily Innes.

Tuesday 10 January 2012

live to be with

secara tak sengaja,ak terjumpe note lme mse dkt u..nk kte poem pn yer nk kte bukan poem pn yer..huhuhu...tp ayat ni kluar mse jiwa tngh kcau..heeee~~~paling tak bole bla ad hati mse 2 nk tulis dlm b.i..nah amek kaw..ntah ap2 je la yg ak tulis mse 2..

like the wind in the air
such as birds singing
like fish swimming in water
such as squirrels playing in the trees
like horses who were running on the pitch
  
everything in the world is likely to be with what..everything need a partner to complete each other..there is no one can live alone..there must be someone to be with..there is a part left to complete the other one..so they can be complete each other..when they met..

like a moon and star
like a book and pen
like a table and chair
like a flower and bees.. 

even ur eyes,ear,hand,leg have a partner..ur heart also have a partner..but we have not found yet or have found it.. :)




tahun baru yg mengujakan..

Happy New Year!well even da 10 ari thn 2011 berakhir dan thn 2012 bermula,  tak salah rsenya ak nk mengucapkan slmt thn bru..bnyk entri bru yg tak sempat ak post kan sjak ak berada d singapore slma sebulan setengah..sekembalinya ak ke johor, terlalu bnyk pkra yg terjd yg menyebabkan diri ak ni teramatlah sibuk.. 1st dengan brta ucu yg sakit,2nd my cousin yg mnrma twrn latihan kejururwatan d kedah..errmmm mmg hdup mse 2 ak rse messy sngt..ke hulu hilir ak teman kezen buat persiapan tuk smbg study n menguruskan perihal ucu yg sakit n terlantar d hspital..tp semuanya ak lakukan dgn ikhlas dgn niat utk membantu.

sehingga la saat ni, ak masih lg berulang alik ke hspital stp hari..tu la rutin ak skrg ni. memasuki thn bru ini, bermakna umur ak juga sudah menginjak setahun..uhhhh!tertekan ak d buatnya bukan sebab umur yg semakin meningkat tp dengan keadaan sekeliling!ble umr ak da meningkat mka akan tmbul la persoalan JODOH!well d sebabkan ak ni anak yg pertama jd sudah semestinya orang tua ak da mle risau,yela adik yg bwak ak da ad org nk masuk minang..yg ak kakak blom lg ad yg nk masuk meminang..jd macam2 la caranya tuk pastikan ak pn akan bertunang or berkahwin..hurmm tp ak tak jmpe sesape lg yg nk isi ruang hati ni..bukan ak jual mahal..taakkk..ak trma seadanya sesape yg sdi utk mengisi kekosongan itu..nmun ak jga perlu mlihat kriteria yg si dia ad..ak tak nk d katakan tngkap muat  or nmpk sngt desprete..but tak salah rsenye tuk  kte mlihat kriteria takut nnt salah pilih...kepulangan adik ak bru2 ni ke rumah tlah membwa perubahan..adik ak nk kenalkan dgn kwn kerja dia..ak tak tau nk bg jwpn ap..yg ak tau ak da ckp add jela ak kt fb..sekurang2nya we can be friend rite?

setiap kali ak sembahyang ak juga tdak lupa utk berdoa memohon kpdNYA agar ak d berikan jodoh yg baik yg mampu membimbing ak dunia dan akhirat..kerana naluri stp wanita mahukan klrga yg punya suami dan ank..ak juga tdk terkecuali. ak berusaha untuk mencari nmun ak juga berserah kepada tuhan dlm hal berkaitan jodoh, mudah2an ak d pertemukan dgn seseorang..

thun bru bermkna semngt yg baru dan berkobar2..ak berazam utk mendaptkan lesen kaunselor yg melayakkan ak tuk menjd kaunselor berdftar..yup..cita2 ak tuk mendptkan status Cr. Nur Nadiah Zolkple!weeee~~ak dan kwn2 telah berpakat tuk mendapatkan temuduga lesen kaunselor scpt yg mgkin. ak juga berharap ak mendpt pekerjaan scpt yg mngkin agar ak dapt membantu meringankan beban keluarga..

Saturday 7 January 2012

Every women is beautiful!

 
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia,namun..harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang di kenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik.